Anti India di Australia Anti pendatang di Australia

Pada Mei dan Jun 2009, anti India semakin ketara di Australia. Pelajar dari India yang belajar di universiti antarabangsa Australia menjadi mangsa serangan. Bilangan pendatang India adalah kedua ramai (32,000 orang) selepas China. Protes diadakan di Harris Park. Rapat umum diadakan di Melbourne dan Sydney. Ia meningkat rasa Indophobia.

Wakil negara India berjumpa dengan pihak berkuasa Australia agar pelajar India berada dalam keadaan selamat dan selesa belajar di Australia. Pada 7 Jun 2009, ratusan pelajar India mengadakan rapat umum di Sydney Town Hall, berbaris menuju ke Harris Park. Ada yang menuduh pemuda Lubnan yang menyerang mereka .Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd terpaksa memohon maaf dan mahu para penyerang dihadapkan ke mahkamah. Bintang Bollywood, Amitabh Bachchan menolak kehormatan doktor dari Universiti Teknologi Queensland berikutan insiden itu. [2]

Antara kes serangan ialah pelajar Brighton Institute of Technology diserang di pinggir Sunshine, Melbourne pada Disember 2008. Pelajar ini koma selepas diserang. Pelajar lain buta selepas diserang , juga di Sunshine pada Mac 2008.